Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

SUNGAI BULOH, 17 Januari– Seramai 1,000 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di kawasan Parlimen Sungai Buloh menerima bantuan persekolahan bagi meringankan beban keluarga dalam menyediakan kelengkapan sesi akademik tahun ini.

Daripada jumlah itu, seramai 750 pelajar menerima bantuan tunai sebanyak RM150 seorang manakala 250 anak Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menerima sumbangan kelengkapan persekolahan merangkumi set baju sekolah, kasut, beg dan alat tulis.

Ahli Parlimen Sungai Buloh merangkap Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata inisiatif tersebut bertujuan memberi fleksibiliti kepada ibu bapa untuk menyediakan keperluan anak mengikut keutamaan anak masing-masing.

Menurut beliau, program berkenaan dilaksanakan menerusi kerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan turut merangkumi penyaluran kelengkapan fizikal bagi memastikan tiada pelajar tercicir daripada memulakan sesi persekolahan.

“Program hari ini adalah kerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Selain bantuan tunai, kita turut menyalurkan kelengkapan sekolah bagi memastikan tiada anak-anak yang tercicir daripada memulakan sesi persekolahan dengan semangat baharu,” katanya selepas majlis penyerahan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan bantuan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh, hari ini.

Tambahnya, lebih banyak program berkaitan pendidikan dan kebajikan komuniti setempat sedang dirancang bagi pelaksanaan pada tahun 2026.-Berita RTM