KUALA LUMPUR, 10 Januari – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menandatangani Akta Antibuli 2026 di Istana Bukit Tunku, hari ini (Sabtu).
Menerusi satu hantan di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akta tersebut telah digubal dan diluluskan di Parlimen pada 3 Disember 2025 bagi mewujudkan suatu mekanisme khusus untuk menangani kes buli bagi kesemua mangsa yang telah ditakrif dan diperuntukkan di bawahnya.
“Di bawah akta ini, Menteri Pendidikan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Menteri Pertahanan,
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta Menteri Dalam Negeri diberi kuasa untuk menguruskan dan mengawal selia kes buli di institusi pendidikan atau institusi lain di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing.
“Tribunal bagi Antibuli juga akan ditubuhkan sebagai suatu badan kuasi-kehakiman khusus untuk menerima, mendengar dan menentukan aduan buli yang dibuat oleh mangsa dan memberikan apa-apa pampasan atau perintah yang sewajarnya bagi maksud pembelaan dan keadilan terhadap mangsa buli itu,” menurut hantaran tersebut.-Berita RTM
