Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Aspek percukaian, pengurangan birokrasi dan penambahbaikan akses kepada modal antara cadangan dasar yang akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri Isnin ini untuk pertimbangan, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim.

Beliau berkata, cadangan itu yang bertujuan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana, sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Cadangan ini memerlukan kerjasama rentas kementerian dan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Isnin depan.

“Terima kasih YAB PMX atas kepercayaan. Kita hebatkan perniagaan Malaysia!” katanya dalam hantaran di laman Facebook.null

Terdahulu, Sim berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk membincangkan hala tuju Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi tahun ini.-BH Online