NAIROBI, 24 November – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi dengan 19 das tembakan meriam di Istana Negara Kenya, iaitu kediaman rasmi Presiden Kenya William Samoei Ruto.
Ketibaan Datuk Seri Anwar disambut oleh Ruto dan diperkenalkan kepada Ketua Komander Tentera Kenya Leftenan Jeneral David Ketter, Mejar Jeneral (Tentera Laut) Paul Owuor Otieno, dan Mejar Jeneral (Tentera Udara) Bernand Waliaula.
Upacara bermula dengan lagu kebangsaan Malaysia “Negaraku” dimainkan, diikuti lagu kebangsaan Kenya.
Hadir sama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Sejurus selesai upacara berkenaan, Perdana Menteri menandatangani buku tetamu Istana Negara, sebelum kedua-dua pemimpin meneruskan pertemuan dua hala.-Berita RTM
