Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang ke-67, pada Sabtu.
Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata beliau bagi pihak seluruh rakyat, mendoakan Baginda, Raja Permaisuri Agong, serta seluruh Kerabat Diraja, dianugerahkan kesihatan yang sempurna, kesejahteraan berpanjangan, serta dilimpahi rahmat, taufik dan hidayah-Nya.
“Semoga pemerintahan Tuanku terus berada di bawah naungan keberkatan dan menjadi payung kedaulatan negara tercinta.
“Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku,” katanya.-Berita RTM
