Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA, 6 November– Cadangan untuk melengkapkan kenderaan kerajaan dengan sistem keselamatan asas telah dibincangkan di peringkat Kabinet minggu lepas.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata perkara itu dibangkitkan dalam Mesyuarat Kabinet sebelum laporan penuh mengenai kemalangan maut yang membabitkan dua kenderaan berat, termasuk trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), di Teluk Intan, Perak pada 13 Mei lalu, didedahkan kepada umum.

Beliau turut memohon kerjasama semua kementerian, khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan, untuk meneliti perkara ini dan mengambil tindakan susulan.

“Sudah tentu perkara ini perlu diselaraskan dengan kementerian-kementerian yang terlibat. Kita boleh menyediakan laporan atau membuat cadangan, tetapi akhirnya yang perlu mengambil tindakan ialah kementerian-kementerian terbabit, iaitu KDN dan MINDEF. Bagaimanapun, perkara ini mempunyai cabarannya tersendiri dan memerlukan masa untuk dilaksanakan kerana ia memerlukan pelbagai langkah penambahbaikan, termasuk kemungkinan penggunaan kenderaan baru dan sebagainya,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulan November dan Majlis Cahaya Kasih MADANI Kementerian Pengangkutan Tahun 2025 di sini, hari ini.-Berita RTM