Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 20 Oktober – Seluruh rakyat Malaysia diajak terus mengukuhkan perpaduan, memperkukuh semangat toleransi, hormat-menghormati dan kasih sayang yang menjadi asas kekuatan negara berbilang kaum serta budaya bersempena sambutan Deepavali tahun ini.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berharap perayaan itu membawa cahaya kebahagiaan dan kesejahteraan buat semua yang meraikannya.

“Saya percaya, seperti cahaya pelita yang menyinari kegelapan, perpaduan rakyat Malaysia akan terus menjadi sinar yang membawa negara ini menuju masa depan yang makmur dan sejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut mengucapkan ucapan sama kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia khususnya di Bagan Datuk.-Berita RTM