Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PETALING JAYA: Masa depan perkhidmatan awam ASEAN perlu dibina atas dasar kerjasama rentas negara dan inovasi berpandangan jauh, termasuk tindak balas adaptif serta kepimpinan yberwawasan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Oleh demikian, katanya, sektor awam akan kekal relevan dan berkesan dalam memberikan perkhidmatan lebih efisien kepada rakyat.

“Kita diingatkan bahawa tiada negara yang mampu bergerak maju secara bersendirian dalam dunia yang berubah pantas. 

“Perubahan iklim, ketegangan geopolitik, gangguan teknologi dan masalah kesihatan global adalah isu merentasi sempadan.

“Justeru, bagi menanganinya kita perlu bersedia menilai semula tadbir urus, bekerjasama dan berinovasi dalam mencari penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Persidangan ASEAN: Perkhidmatan Awam Yang Bersedia Menghadapi Masa Hadapan, di sini, hari ini.

Persidangan itu yang menghimpunkan pemimpin dan pegawai kanan ASEAN bagi merangka visi bersama ke arah perkhidmatan awam yang digital, berpaksikan rakyat dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Dahlan, berkata kekuatan utama sesebuah negara bukan sahaja terletak pada teknologi atau sumber, tetapi kepada sumber tenaga kerja yang ada.

“Penjawat awam adalah tunjang institusi pentadbiran kerajaan. 

“Justeru, nilai, kemahiran serta komitmen mereka akan menentukan kejayaan agenda masa depan yang ingin dicapai.

“Oleh itu, pembangunan kapasiti yang berterusan, latihan kemahiran masa depan dan pemupukan pemimpin yang beretika, empati serta berteraskan nilai amatlah diperlukan,” katanya. 

Persidangan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersempena dengan Kepengerusian ASEAN 2025 dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim 

menghimpunkan pemimpin

dan pegawai kanan ASEAN bagi merangka visi bersama ke arah perkhidmatan

awam yang digital, berpaksikan rakyat dan berdaya tahan dalam menghadapi

cabaran masa hadapan.

Bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan,” persidangan itu

mencerminkan komitmen kukuh Malaysia untuk memperkasa sistem

pentadbiran yang moden, berintegriti dan berorientasikan khidmat kepada

rakyat, serta membentuk perkhidmatan awam yang tangkas, beretika dan

responsif terhadap keperluan masyarakat serantau.

Kemuncak persidangan itu adalah penerimaan ASEAN Declaration on Future-

Ready Public Service, yang menandakan satu detik bersejarah dalam kerjasama

serantau. Deklarasi ini menggariskan komitmen bersama ASEAN bagi

memperkukuh daya tahan dan inovasi institusi awam, meningkatkan

profesionalisme dan kecekapan, mempercepatkan transformasi digital melalui

penerapan teknologi termaju termasuk Kecerdasan Buatan (AI), serta

mempromosikan tadbir urus yang inklusif dan beretika berasaskan ketelusan dan

akauntabiliti. 

Ia turut memperkukuh aspirasi bersama untuk menegakkan solidariti

ASEAN melalui perkhidmatan awam yang berpaksikan rakyat, sebagai pemangkin

kestabilan dan kemakmuran serantau yang berpanjangan.-BH Online