Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

SANDAKAN: Sejumlah 13,632 MyKad yang mengalami kerosakan cip diganti dalam tempoh lima hari di seluruh negara sejak kerajaan mengumumkan kemudahan penukaran secara percuma susulan pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95). 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia sekali gus menunjukkan kepekaan masyarakat terhadap inisiatif kerajaan itu dan keperluan menggunakan kad pengenalan yang sah bagi mendapatkan kelayakan itu. 

“Sebelum ini (sebelum BUDI95 diumumkan), purata (MyKad diganti) adalah 1,000 sehari. Sepatutnya lima hari (tempoh sejak diumumkan), 5,000 MyKad (diganti) tapi sekarang sudah 13,632 MyKad. 

“Kalau mereka tidak sedar kerosakan (cip pada Mykad), nanti mereka datang tiba-tiba (MyKad) tak boleh guna, dia akan marah dulu, harga RM1.99 seliter itu dia tak ingat,” katanya selepas tinjauan pelaksanaan Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) hari ini.

Saifuddin berkata, beliau berpuas hati dengan proses pelaksanaan hari pertama inisiatif BUDI95 yang lancar. 

Katanya, kerajaan akan menilai semula kawasan yang mana menggunakan bahan api lebih tinggi dalam tempoh dua hingga empat bulan selepas pelaksanaan inisiatif itu. 

“Ada yang tanya apakah nilai 300 liter itu munasabah atau kerajaan ‘petik’ saja nilai itu… ini satu program yang diolah berdasarkan data dibekalkan Jabatan Statistik, Kementerian Kewangan. 

“Kalau berlangsung program ini, dua bulan, tiga bulan atau empat bulan, kita akan dapat lihat corak pengumpulan data. null

“Ini akan membantu kita melakukan beberapa penambahbaikan di mana kawasan yang penggunaan minyak lebih tinggi, di Sabah, Sarawak, di Jeli, Gua Musang, di Ipoh, kita boleh tahu,” katanya.-BH Online