Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

BUTTERWORTH, 16 September – Penduduk Sabah yang terjejas teruk akibat banjir dan tanah runtuh bakal mendapat kediaman baharu bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), berkata kerajaan menyalurkan peruntukan RM10 juta bagi membantu penduduk terjajas.

“Melalui RM10 juta ini, bukan hanya bantuan secara tunai diberikan kepada setiap keluarga yang kediamannya musnah akibat tanah runtuh atau banjir, tetapi kita juga akan membina rumah PPRS untuk mereka yang menjadi mangsa,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Pendaratan Ikan Tuna dan Spesis” Tuna Like” di Pendaratan Ikan Tuna Chun Ying di Pelabuhan Pulau Pinang, hari ini.

Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid, NADMA akan bekerjasama dengan jawatankuasa bencana negeri dan daerah bagi mengenal pasti bilangan penduduk serta kediaman yang terjejas teruk dan layak menerima rumah baharu itu.

Terdahulu, beliau menyaksikan pemeteraian perjanjian antara Asia Ocean Resources Sdn Bhd dengan Penang Port Sdn Bhd, selain pelancaran produk “Shinkai Origin Ready To Eat Tuna”.-Berita RTM