Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima jemputan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang dihadiri ketua-ketua negara Islam di Doha, Qatar, pada Isnin ini.

Katanya, perjumpaan itu atas inisiatif Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani bagi membincangkan situasi terkini di Gaza, susulan serangan berterusan rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin.

“Saya dapat pagi tadi undangan perjumpaan tergempar ketua-ketua negara Islam di Doha. Emir Qatar minta saya turut hadir. 

“Jadi kalau jadual itu betul-betul 15 (September), maka kemungkinan besar saya akan cuba hadir, sebab 16 September itu Hari Malaysia. Saya terpaksa ada di sini,” katanya selepas Majlis Perjumpaan Bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sarawak, di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, sidang tergempar itu diadakan bagi membincangkan tindakan susulan berhubung krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, terutama selepas peningkatan mendadak dalam serangan udara dan darat Israel.

null

Beliau turut menjawab kritikan segelintir pihak yang mempertikaikan ketegasan Malaysia dalam isu Gaza, sambil menegaskan bahawa pendirian negara ini adalah berteraskan nilai kemanusiaan sejagat. 

Menurutnya, walaupun Malaysia adalah negara sedang membangun dan tidak mempunyai keupayaan besar dari segi ketenteraan atau ekonomi, namun negara ini tetap akan bersuara dan bertindak berdasarkan kemampuan sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin.

“Saya nak beritahu semua agama dan budaya kita itu menekankan soal kemanusiaan. Janganlah sampai kita bicara soal budaya, soal kemajuan, soal kaum, soal agama tetapi orang, anak-anak kecil dibunuh, rumah dimusnahkan, tidak ada memberi kesan kepada kita. null

“Jadi biarlah kita jadi contoh kemanusiaan dan perasaan ihsan, kasih sayang dan itu sahaja yang kita buat kerana kita tidak dapat lakukan lebih daripada itu kerana kita negara yang sedang berkembang, tapi kita lakukan sebaik upaya kita,” katanya.

Ketika ditanya mengenai penurunan permintaan eksport gas cecair asli (LNG) dari Bintulu, Anwar memaklumkan tiada gangguan besar dilaporkan setakat ini.

Bagaimanapun, katanya isu keselamatan di kawasan itu pernah dibangkitkan sebelum ini, justeru langkah-langkah kawalan telah ditingkatkan.

“PETRONAS memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga dan kita telah kerahkan pasukan polis serta keselamatan bagi mengawal kawasan itu sepenuhnya,” katanya.

Anwar menegaskan, kawasan Bintulu merupakan lokasi strategik dan sebarang ancaman keselamatan boleh memberikan kesan terhadap operasi eksport LNG negara.

“Setakat ini tidak terganggu, tetapi jika situasi berlarutan, kita perlu pastikan ia dapat dikawal supaya tidak menjejaskan eksport dalam tempoh jangka panjang,” katanya..-BH Online