Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

IPOH, 6 September – Sebanyak 216 Taman Rekreasi MADANI (TRM) dijangka siap sepenuhnya di seluruh negara menjelang penghujung tahun ini.
 
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, berkata pencapaian itu melepasi sasaran asal kementerian yang menyasarkan TRM setiap tahun.
 
“Kempen ini bermula tahun lepas. Kita sangat bangga kerana tahun lepas iaitu tahun pertama dilancarkan, KPKT berjaya melepasi sasaran dengan menyempurnakan 109 buah Taman Madani.

“Tahun ini, 100 lagi menjadikan 216 Taman Rekreasi MADANI bakal siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini,” katanya selepas merasmikan empat TRM di sekitar Ipoh.

Peruntukan keseluruhan sebanyak RM5.4 juta digunakan untuk pembinaan 12 TRM dengan lapan daripadanya telah disiapkan.

TRM berperanan sebagai ruang rekreasi komuniti yang inklusif, selesa dan selamat, sejajar dengan matlamat kementerian untuk membina SERIBU taman menjelang tahun 2035.-Berita RTM