SEREMBAN: Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) antara Thailand dengan Kemboja yang bermula hari ini di Kuala Lumpur diyakini akan dapat menyelesaikan sepenuhnya pertikaian sempadan antara kedua-dua negara berkenaan, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata, GBC akan membincangkan secara terperinci terhadap usaha mewujudkan Pasukan Pemantau ASEAN bagi memastikan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja yang dimeterai di Malaysia pada 28 Julai lalu, dikekalkan.
Katanya, kemuncak mesyuarat itu dijangka Khamis ini yang akan dihadiri pemimpin peringkat menteri serta pegawai pertahanan tertinggi kedua-dua negara selain pegawai pemerhati.
“Hari ini, mesyuarat membabitkan jawatankuasa teknikal GBC yang akan mengariskan terma rujukan (ToR) untuk dipersetuju kedua-dua pihak dalam usaha mewujudkan Pasukan Pemantau ASEAN bagi memastikan gencatan senjata yang dimeterai di Malaysia pada 28 Julai lalu, dikekalkan.
“Pada kemuncak mesyuarat 7 Ogos nanti kita berharap kedua-dua pihak (Thailand dan Kemboja) bersetuju dengan terma rujukan ini kerana ia seiring dengan hasrat kita untuk mewujudkan Pasukan Pemantau ASEAN.
“Ia seiring dengan hasrat kita agar dua negara yang berjiran ini dapat duduk bersama-sama dan memastikan hubungan rakyat di antara sempadan kedua-dua negara dapat dikembalikan semula.
“Setakat ini, saya nampak tidak ada masalah untuk kedua-dua pihak bersetuju dengan terma rujukan yang dicadangkan, malah sehingga kini tiada menerima bantahan, cuma mereka menokok tambah atau nilai terma rujukan itu bagi pihak masing-masing,” katanya.
Beliau ditemui media selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN menyarankan mekanisme Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) antara Thailand dan Kemboja diguna pakai bagi menyelesaikan konflik kedua-dua negara itu.
Pada 28 Julai lalu, Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat susulan mesyuarat khas di Putrajaya yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau melahirkan keyakinan terhadap genjatan senjata yang dipersetujui itu kekal apabila setakat hari ini, tiada apa-apa insiden yang berlaku membabitkan kedua-dua negara terbabit.
Menurutnya, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga telah mengadakan rundingan dengan Panglima Angkatan Tentera Thailand dan Kembaja selain berunding dengan komander wilayah kedua-dua negara.
“Terdapat empat tempat iaitu di Zon 1 dan 4 di sebelah Thailand dan Zon 2 dan 5 di sempadan sebelah Kemboja, di situ lah nanti Pasukan Pemantau ASEAN ini akan bertugas sebagai pemantau kepada usaha genjatan senjata yang berkekalan membabitkan kedua-dua negara berkenaan,” katanya.
Mohamad menegaskan konflik dua negara berkenaan tidak membabitkan rakyat Malaysia kerana tiada rakyat negara ini dikesan berada dalam kawasan bergolak.
“Kita hanya bertindak sebagai perunding (orang tengah) saja dan bukan sebagai pihak yang berkepentingan dan kita pun tidak mahu sampai dilihat mencampuri hal dalaman negara-negara anggota,” katanya.-BH Online