KUALA LUMPUR: Antara 10 hingga 15 peratus tempat tambahan ke sekolah berasrama akan wujud apabila sistem satu saluran pengambilan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dilaksanakan tahun depan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia berlaku apabila pihak pengambilan dapat mengatasi tawaran bertindih yang berlaku sebelum ini sebelum kaedah itu dilaksanakan.
“Langkah ini selaras dengan pengumuman saya pada April 2025. Komitmen kerajaan ialah memastikan sistem pendidikan yang lebih teratur, berfokus dan saksama,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan antara MRSM, SBP dan sekolah khusus di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata, sistem pengambilan satu saluran itu perlu dilakukan bagi mengelakkan pertindihan tawaran dan memastikan setiap tempat diisi oleh pelajar yang layak.
“Pengagihan tempat akan jadi lebih adil dan inklusif khususnya untuk pelajar cemerlang dari keluarga berpendapatan rendah dan luar bandar,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, dasar sedia ada yang lain masih dikekalkan.
“Kita kekalkan (dasar), 60 peratus pengambilan pelajar membabitkan pelajar dari keluarga B40, luar bandar dan miskin bandar. Ini adalah usaha kerajaan memperkukuhkan mobiliti sosial melalui pendidikan.
“Pemilihan akan terus menggunakan kaedah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), dengan platform atas talian yang seragam antara MARA dan KPM.
“Bagi pelajar sekolah swasta yang tiada dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), permohonan masih boleh dibuat melalui sistem MyMRSM,” katanya.
Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Pengambilan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan dilaksanakan menerusi satu sistem tunggal dan satu tawaran penempatan sahaja bagi setiap pemohon bermula tahun hadapan.
Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sebanyak 10 hingga 15 peratus penempatan pelajar yang mendapat tawaran bertindih sebelum ini dapat ditawarkan kepada pelajar lain yang layak.
“Langkah ini selaras dengan pengumuman dibuat oleh saya pada April lalu. Komitmen kerajaan ialah memastikan sistem pendidikan yang lebih teratur, berfokus dan saksama,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan antara MRSM, SBP dan sekolah khusus di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata, sistem pengambilan satu saluran itu perlu dilakukan bagi mengelakkan pertindihan tawaran dan memastikan setiap tempat diisi oleh pelajar yang benar-benar layak.
“Pengagihan tempat akan jadi lebih adil dan inklusif, khususnya untuk pelajar cemerlang dari keluarga berpendapatan rendah dan luar bandar,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, dasar sedia ada juga masih dikekalkan.
“Kita kekalkan, sejumlah 60 peratus pengambilan pelajar membabitkan pelajar dari keluarga B40, luar bandar dan miskin bandar.
Ini adalah usaha kerajaan memperkukuhkan mobiliti sosial melalui pendidikan.
“Pemilihan akan terus menggunakan kaedah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dengan platform atas talian yang seragam antara MARA dan KPM.
“Bagi pelajar sekolah swasta yang tiada dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), permohonan masih boleh dibuat melalui sistem MyMRSM,” katanya.
Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.-BH Online