Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KOTA KINABALU, 2 Julai – Dua syarikat, iaitu pengeluar ais dan syarikat Ramli Burger akan dipanggil untuk memberikan penjelasan terperinci berhubung isu tular kenaikan harga mendadak dan didakwa tiada asas yang sah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pengeluar ais terbabit telah pun membuat laporan polis dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa mereka mengeluarkan notis kenaikan harga dari RM3.70 kepada RM6, seperti yang tular di media sosial.

“Pengeluar ais tersebut telah pun membuat laporan polis kerana yang ditularkan kenaikan harga RM3.70 hingga RM6 itu, mereka tidak pernah mengeluarkan notis.

“Namun ada pelarasan harga kiub ais, bukan blok ais, tapi bukan pada harga yang ditularkan,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus PPKB (Pindaan) 2021 di sini.

Menurut Armizan, KPDN sedang menilai sebarang pergerakan harga dari sudut perundangan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP).

Sekiranya kenaikan harga dilihat tidak wajar dan melebihi keuntungan munasabah, ia dianggap sebagai pencatutan dan boleh diambil tindakan mengikut undang-undang.-Berita RTM