Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Pembangunan Kota Madani tidak harus dilihat projek fizikal berskala besar, sebaliknya menjadi simbol pendekatan baharu yang perlu dicontohi untuk pembangunan bandar di seluruh negara berpaksikan rakyat dan bukan ditentukan pemaju semata-mata, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perancangan bandar seharusnya dipandu oleh nilai budaya, kemanusiaan dan kesejahteraan sosial, bukan lagi didominasi oleh kehendak syarikat pemaju.

“Saya mahu Kota Madani ini (menjadi) contoh bagi pembangunan bandar di semua kota-kota di negara kita. Saya minta, bagi pembandaran, kerja-kerja negeri, lihat apa yang boleh kita lakukan.

Jangan hanya tunduk kepada pemaju. Kita yang merancang.

“Jangan projek itu ditentukan oleh syarikat semata-mata kerana kalau mereka tentukan, tentunya diberikan pandangan dan saranan yang hanya melihat kepada keuntungan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pembangunan Kota Madani di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan kerajaan akan meneliti semula peluasan SST beberapa komoditi import tertentu termasuk buah-buahan seperti epal dan oren.

Katanya, memandangkan buah-buahan itu diimport sepenuhnya dari luar, cadangan untuk mengenakan SST antara lima hingga 10 peratus perlu diteliti semula.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, nilai ambang SST bagi buah-buahan berkenaan juga dinaikkan dari RM500,000 kepada RM1 juta.

“Kemudian katanya threshold (nilai ambang) untuk peniaga kecil terlalu rendah, (jadi) kita naikkan (kepada) RM1 juta kerana kita nak rakyat mesti sokong langkah ini,” katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, perincian mengenai perkara itu akan diumumkan kemudian.

Pada 9 Jun lalu, kerajaan mengumumkan semakan bersasar kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.

Kadar cukai jualan kekal tidak berubah bagi barangan keperluan manakala kadar sama ada lima atau 10 peratus akan dikenakan ke atas barangan yang tidak penting atau mengikut budi bicara.

Skop cukai perkhidmatan akan diperluaskan merangkumi enam perkhidmatan baharu seperti penyewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.-BH Online