Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Penubuhan Majlis Penasihat dibarisi pelbagai pakar, ialah antara keputusan penting dicapai dalam mesyuarat Majlis Benih Negara, semalam.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, keputusan penting lain termasuklah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) diberikan mandat sebagai peneraju Hab Benih Negara.

Selain itu, katanya, keputusan juga diambil berkait usaha membangunkan keturunan tulen ayam pedaging serta penelur tempatan, dan pengkomersialan baka Ayam Saga.

Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia masih bergantung hampir sepenuhnya pada benih import, termasuk 90 peratus benih sayur dan benih tembikai bernilai RM2.7 juta.

“Ini adalah satu cabaran besar yang mesti kita tangani bersama demi masa depan keterjaminan makanan negara.

“Agenda keterjaminan benih ini bukan saja penting untuk industri agromakanan, malah menjadi teras kepada kedaulatan dan keselamatan negara.

“Kita perlu menghasilkan benih tempatan yang berkualiti, tahan lasak serta mampu memenuhi keperluan rakyat,” katanya dalam hantaran melalui Facebook, malam tadi.

Mohamad berkata, pelaksanaan Agenda Keterjaminan Benih Negara boleh membantu Malaysia mencapai kemandirian dalam sektor benih tempatan.null

“Ini bukan soal pertanian semata-mata, ini soal kedaulatan dan masa depan negara,” katanya.-BH Online