KUALA LUMPUR: Malaysia sedang berusaha mencipta sejarah untuk menjadikan negara sebagai Presiden Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) bagi penggal 2026 hingga 2029.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelbagai strategi dan rancangan disusun atur sejak dua tahun lalu termasuk mengadakan mesyuarat dua hala bersama penyandang jawatan itu dari Mexico, tuan rumah Forum Bandar Dunia 2026 iaitu Azerbaijan serta rakan strategik Iran.
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=1103367320&pi=t.aa~a.1654364369~i.2~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1748506396&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1402072%2Fmalaysia-usaha-cipta-sejarah-rebut-jawatan-presiden-persidangan-un&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1748506409452&bpp=1&bdt=1977&idt=1&shv=r20250527&mjsv=m202505220101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D1acc60b83dc74775%3AT%3D1748461630%3ART%3D1748506159%3AS%3DALNI_MaWUqiscAkE66VnRfXGaYcvxWMJfA&gpic=UID%3D000010e19573af50%3AT%3D1748461630%3ART%3D1748506159%3AS%3DALNI_MYDUvo94_eJAbCb3WZTu4pXxSptsQ&eo_id_str=ID%3D21cb70568eed071e%3AT%3D1748461630%3ART%3D1748506159%3AS%3DAA-AfjbwrZCa4cPFMOBOC6EUTL5u&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=8158015338498&frm=20&pv=1&u_tz=180&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=952&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95353387%2C95360391%2C95360815%2C95361618%2C95359266%2C95362171&oid=2&pvsid=2039160647319145&tmod=191331044&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=2&uci=a!2&btvi=1&fsb=1&dtd=621
“Sejurus tiba di Nairobi, Kenya, delegasi negara diketuai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming terus membuat persiapan pusingan terakhir dalam usaha mengangkat martabat negara sebagai Presiden Persidangan UN-Habitat,” kata kenyataan itu.
KPKT berkata, Kor Ming turut menyampaikan ucapan pada mesyuarat pelbagai hala berkaitan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu agenda pembangunan mampan dianjurkan bersama oleh Itali dan UN Habitat.
Sementara itu, menerusi mesyuarat dua hala bersama wakil Mexico iaitu Setiausaha Agung Bagi Hal Ehwal Pelbagai Hala dan Hak Asasi Manusia, Enrique Javier Ochoa Martiner di Ibu Pejabat UN-Habitat di Nairobi, Malaysia menyatakan hasrat mempelajari pengalaman negara itu sebagai Presiden UN-Habitat sejak 2019, selain mendapatkan sokongan terhadap pencalonan Malaysia.
Kor Ming turut memberi jaminan Malaysia komited meneruskan legasi kecemerlangan yang ditinggalkan kepimpinan terdahulu dan memperkukuh kerjasama pelbagai hala dalam kerangka UN-Habitat. – BERNAMA