Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, isu Laut China Selatan dibincangkan dalam suasana yang positif antara negara ASEAN yang terbabit.

Perdana Menteri berkata, pemimpin ASEAN, termasuk China dan Filipina bertukar pandangan mengenai isu itu dalam aspek kod tata laku, dan adakala perbincangan itu dengan beliau sendiri.

“Kita lihat negara saling bertukar pandangan, malah termasuk antara Filipina dan Perdana Menteri China, Li Qiang, kadangkala melalui saya dan kadangkala secara langsung. 

“Saya tidak mengatakan semua isu itu boleh diselesaikan sekarang tetapi terdapat sekurang-kurangnya pembabitan yang sebenar dan positif, dan ia adalah semangat baharu ASEAN.

“Saya secara peribadi teruja kerana dapat melihat kesungguhan yang lebih besar kerana jika tidak, kita hanya bercakap mengenai bekerjasama tapi dari segi keputusan bersama bagi melindungi rantau kita, isu geopolitik, kadangkala kita tidak berkongsi kerana masing-masing mempunyai agenda nasional, tapi tidak untuk kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media penutup Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di sini, hari ini.