Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh negara akan menyambut Aidiladha 2025/ 1446H pada Sabtu, 7 Jun ini.

Pengumuman itu dilakukan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja, Datuk Mohd Aseral Jusman, sebentar tadi menerusi siaran langsung di RTM.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya, bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, dengan ini mengisytiharkan bahawa 10 Zulhijah 1446 Hijrah ialah pada hari Sabtu, 7 Jun 2025.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban 10 Zulhijah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Sabtu, 7 Jun 2025 Masihi. Sekian,” katanya.

Terdahulu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sudah melaksanakan cerapan rasmi hilal Zulhijjah 1446H petang tadi di Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Tingkat 10, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKL) bagi menentukan permulaan bulan Zulhijjah 1446H.

Selepas cerapan dilakukan, keputusan rasmi 1 Zulhijjah 1446H ditetapkan pada 29 Mei ini.-BH Online