Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Putrajaya: Seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah, pagi tadi, akibat serangan jantung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jemaah berkenaan, Abdullah Mat, 59, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Jiwar, Jabal Omar, Makkah.

“Jemaah dari Maktab 89A yang menginap di Abraj al Janadriyah. Arwah ditemani isterinya, Sarifah Hassan, sepanjang perjalanan haji ini,” katanya menerusi perkongsian di Facebook, hari ini.

Mohd Na’im berkata, Tabung Haji akan menguruskan pelaksanaan badal haji untuk Allahyarham dan urusan berkaitan lain akan disempurnakan sebaiknya.

Beliau mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.-MyMetro Online