Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KOTA KINABALU: UMNO dan Barisan Nasional (BN) membuka peluang untuk menjalin kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah sehingga pada hari penamaan calon pilihan raya itu nanti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pintu kerjasama terbuka kepada mana-mana parti untuk membentuk gabungan BN-PH Plus Plus, namun belum ada sebarang keputusan muktamad yang dibuat setakat ini.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, UMNO dan BN tidak pernah menutup pintu untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti dan beliau juga yakin rakan parti dari PH turut berpendirian sama terhadap sebarang kerjasama bagi menghadapi PRN17.

“UMNO dan BN amat terbuka untuk menjalin sebarang kerjasama dan keterbukaan ini sehinggalah pada hari penamaan calon (PRN17).

“Memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) belum dibubarkan, maka pintu masih terbuka dan insya-Allah di bawah permesyuaratan dengan PH, kita akan cari rakan terbaik bagi pembentukan kerajaan di Sabah nanti,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Gerak17 UMNO Sabah bagi DUN Karambunai, Sepanggar, di sini, semalam.

Yang turut hadir Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua UMNO Sepanggar, Datuk Yakub Khan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, kerjasama pelbagai parti kini sudah menjadi amalan dan ia dibuktikan di 77 negara seluruh dunia yang melakukan perkara sama apabila ada pilihan raya di negara terbabit.

“Kita ketahui bahawa di 77 negara apabila mereka ada pilihan raya, sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya memilih presiden, tiada parti yang dominan.

“Mereka terpaksa bergabung dengan parti kecil dan parti yang dahulunya menjadi seteru, ini sudah menjadi satu lumrah di negara lain.

“Ini juga sudah berlaku dalam Pilihan Raya Umun Ke-15 (PRU15) di mana tiada sebuah parti pun yang dominan. Biarpun UMNO adalah parti yang terbesar di negara ini, tapi kita tidak menang banyak kerusi pada masa itu. 

“Namun, jumlah kerusi yang kecil ini pun kita sudah beri sumbangan kepada pembentukan kerajaan yang ada sekarang dan saya nampak ‘trend’ yang sama mungkin akan berlaku di Sabah ini,” katanya.

Berikutan itu, beliau mengingatkan mana-mana parti supaya tidak merasakan parti mereka cukup dominan hingga tidak perlu menjalin kerjasama dengan parti lain.

“Janganlah mana-mana pihak rasa terlalu besar hati, merasakan bahawa partinya dominan dan tidak perlu bertanding dengan kerjasama parti lain.

“Jika ada yang berhasrat bertanding solo sekalipun, maka mereka harus ketahui bahawa ini adalah ‘trend’ dunia dan saya yakin ini juga akan berlaku di Sabah,” katanya.

Sementara itu, mengenai kemungkinan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Ahmad Zahid mengakui sudah ada perbincangan ke arah itu namun bukan dibuat secara rasmi.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=3931165298&pi=t.aa~a.1654364369~i.32~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1747530252&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1397255%2Fprn17-rundingan-kerjasama-bn-ph-plus-plus-hingga-hari-penamaan-calon&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1747530263733&bpp=2&bdt=11449&idt=2&shv=r20250514&mjsv=m202505140101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D44c8083e28ca9a77%3AT%3D1747504586%3ART%3D1747530263%3AS%3DALNI_MaTO9uy8iy1fDAlCaLY13RMPIxawg&gpic=UID%3D000010c5ca31e732%3AT%3D1747504586%3ART%3D1747530263%3AS%3DALNI_MaeGVQsbEt2fIpPC-wJy07dHoaB2A&eo_id_str=ID%3D892138d9d39d809d%3AT%3D1747504586%3ART%3D1747530263%3AS%3DAA-AfjZqd4khBNrohUWLLY_O4ekK&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=2636016997445&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=2531&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=31092463%2C42532524%2C95353387%2C31092449%2C42533294%2C95360957%2C95360950&oid=2&pvsid=5554228739118627&tmod=1335735336&uas=3&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=14&uci=a!e&btvi=1&fsb=1&dtd=4

“Perbincangan sudah dibuat banyak kali tapi belum dimuktamadkan. Kepemimpinan parti ada berbincang tetapi bukan dibuat secara rasmi,” katanya.

Perkara itu katanya diserahkan kepada UMNO Sabah yang diberi autonomi membuat keputusan dan beliau percaya tiada perkara yang tidak boleh dirundingkan.

Soal kerjasama dengan GRS disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan harapan supaya gabungan parti tempatan Sabah itu turut dibabitkan dalam kerjasama BN-PH ketika lawatannya di Tawau, minggu lalu.

Sebelum itu, BN dan PH mengumumkan kerjasama menghadapi PRN17 menerusi kenyataan bersama dikeluarkan melalui Sekretariat Kerajaan Perpaduan oleh Asyraf selaku Ketua Sekretariat berkenaan dan Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.-BH Online