Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Sebanyak 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 26 hingga 28 Mei ini bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46. 

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan cadangan kebenaran pelaksanaan PdPR bagi sekolah-sekolah terbabit mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran sidang kemuncak itu. 

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=3919061902&pi=t.aa~a.1654364369~i.2~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1747475786&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1397016%2Fsidang-kemuncak-asean-kpm-beri-kebenaran-71-sekolah-laksana-pdpr&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1747475834790&bpp=2&bdt=1031&idt=2&shv=r20250514&mjsv=m202505150101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D93d2f66ca7d6741e%3AT%3D1747385441%3ART%3D1747475477%3AS%3DALNI_MbA-2_vn_s9K4xXR-YopzB9a41qlA&gpic=UID%3D000010c36b19eeb1%3AT%3D1747385441%3ART%3D1747475477%3AS%3DALNI_MbhnLWU8EiiD50oOi5ojAmYsLmLCQ&eo_id_str=ID%3D270ee257a2fa0c07%3AT%3D1747385441%3ART%3D1747475477%3AS%3DAA-AfjaZCBfumLZmEEr0jqsiNmk_&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=1793344614599&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=916&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=31092462%2C95353386%2C31092491%2C42533293%2C95360960%2C95360949&oid=2&pvsid=553084698318598&tmod=445440145&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=6&uci=a!6&btvi=1&fsb=1&dtd=5

“Ia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid di sekolah-sekolah yang terlibat tidak terjejas. 

“KPM yakin pengalaman melaksanakan PdPR sewaktu pandemik dan semasa dalam situasi bencana dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pada waktu sama aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara,” menurut KPM dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, KPM menasihati ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat untuk merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR. 

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), menghimpunkan 10 pemimpin negara anggota blok itu, bagi membincangkan isu serantau serta memupuk kerjasama ekonomi, selain memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan.

Berikut adalah senarai sekolah yang terlibat dengan PdPR

Sekolah di Selangor terbabit PdPR

1. SK Lembah Subang Petaling Utama Selangor

2. SK Assunta (Satu) Petaling Utama Selangor

3. SK (L) Bukit Bintang (1) Petaling Utama Selangor

4. SK Methodist, PJ Petaling Utama Selangor

5. SK Jalan Selangor (Satu) Petaling Utama Selangor

6. SK 2 Jalan Selangor Petaling Utama Selangor

7. SK Satu Sultan Alam Shah Petaling Utama Selangor

8. SK 2 Sultan Alam Shah Petaling Utama Selangor

9. SK Sungei Way Petaling Utama Selangor

10. SJK(T) Vivekananda Petaling Utama Selangor

11. SMK Sri Utama Petaling Utama Selangor

12. SMK Lembah Subang Petaling Utama Selangor

13. SMK Assunta Petaling Utama Selangor

14. SMK (L) Bukit Bintang Petaling Utama Selangor

15. SMK Katholik Petaling Utama Selangor

16. SMK La Salle, PJ Petaling Utama Selangor

17. SMK Sultan Abdul Samad Petaling Utama Selangor

18. SMK (P) Tmn Petaling Petaling Utama Selangor

19. SK Tudm Subang Petaling Perdana Selangor

20. SK TTDI Jaya Petaling Perdana Selangor

21. SK Bukit Jelutong Petaling Perdana Selangor

22. SMK TTDI Jaya Petaling Perdana Selangor

23. SMK Shah Alam Petaling Perdana Selangor

24. SMK Bukit Jelutong Petaling Perdana Selangor

25. SK Cyberjaya Sepang Selangor

26. SK Taman Putra Perdana Sepang Selangor

27. SK Taman Putra Perdana 2 Sepang Selangor

28. SJK (C) Union Sepang Selangor

29. SMK Cyberjaya Sepang Selangor

30. SMK Putra Perdana Sepang Selangor 

Sekolah di Kuala Lumpur

31. SMK Convent Bukit Nanas Keramat WP Kuala Lumpur

32. SMK Puteri Wilayah Keramat WP Kuala Lumpur

33. SMK Padang Tembak Keramat WP Kuala Lumpur

34. SMK Puteri Ampang Keramat WP Kuala Lumpur

35. SMK Seri Ampang Keramat WP Kuala Lumpur

36. SMK Puteri Titiwangsa Keramat WP Kuala Lumpur

37. SMK Seri Titiwangsa Keramat WP Kuala Lumpur

38. St John Institution Keramat WP Kuala Lumpur

39. SK Convent 1 dan 2 Bukit Nanas Keramat WP Kuala Lumpur

40. SK St John 1 Keramat WP Kuala Lumpur

41. SJKC Nan Kai Keramat WP Kuala Lumpur

42. SK Kg Bharu Keramat WP Kuala Lumpur

43. SK Pendidikan Khas Kg Bharu Keramat WP Kuala Lumpur

44. SJKT Jalan Fletcher Keramat WP Kuala Lumpur

45. SK Jalan Kuantan 2 Keramat WP Kuala Lumpur

46. SK Padang Tembak 1 Keramat WP Kuala Lumpur

47. SK Padang Tembak 2 Keramat WP Kuala Lumpur

48. SK Polis Depot Keramat WP Kuala Lumpur

49. SK Jalan Gurney 1 Keramat WP Kuala Lumpur

50. SK Jalan Gurney 2 Keramat WP Kuala Lumpur

51. SK Jalan Raja Muda Keramat WP Kuala Lumpur

52. SJKC Lai Meng Keramat WP Kuala Lumpur

53. SMK Maxwell Sentul WP Kuala Lumpur

54. SMK Kiaramas Sentul WP Kuala Lumpur

55. SJKT Appar Sentul WP Kuala Lumpur

56. SJKC Chung Kwok Sentul WP Kuala Lumpur

57. SK (L) Jalan Batu Sentul WP Kuala Lumpur

58. SK(P) Jln Batu Sentul WP Kuala Lumpur

59. SK Pendidikan Khas Jln Batu Sentul WP Kuala Lumpur

60. SJKC Chung Kwok Sentul WP Kuala Lumpur

61. SK Kiaramas Sentul WP Kuala Lumpur

62. SMK (P) Bandaraya Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur

63. SMK (P) Jalan Pudu Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur

64. SMK (P) Methodist Kl Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur

65. SJKC Kuen Cheng 1 Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur

66. SK Jalan Hang Tuah Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur

67. SK (P) Pudu Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur

68. SJKC Kung Min Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur

69. SK Jalan Pasar Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur

70. SK Dato Abu Bakar Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur

71. SK Sultan Hishamuddin Alam Shah Bangsar/Pudu WP Kuala Lumpur-BH Online