KAZAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkongsi mengenai ASEAN sebagai salah satu rantau paling aman dan dinamik dari segi ekonomi dunia, disamping menyeru negara Islam memperkukuh kerjasama dan nilai kebersamaan bagi mencapai kemakmuran jangka panjang.
Melalui ucaptama pada sesi pleno Forum Ekonomi Antarabangsa Russia-Dunia Islam Ke-16 atau KazanForum 2025, Perdana Menteri berkata hubungan Malaysia dengan negara jiran di Asia Tenggara menjadi contoh terbaik bagi kerjasama berasaskan kepercayaan.
“Malaysia bertuah mempunyai hubungan yang erat dan berasaskan kepercayaan dengan negara ASEAN,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut menekankan bahawa ASEAN antara rantau paling aman dan dinamik dari segi ekonomi.
Beliau memberi contoh seperti Projek Grid Kuasa ASEAN (APG) yang menghubungkan rangkaian elektrik antara beberapa negara anggota dari Vietnam dan Laos hingga ke Malaysia, Singapura dan Indonesia, sebagai bukti kerjasama serantau yang praktikal.
Namun, beliau memberi amaran bahawa integrasi ekonomi semata-mata tidak mencukupi dan kemajuan mesti berlandaskan etika, keadilan dan maruah, berasaskan nilai Islam dan ajaran moral Nabi Muhammad SAW.
“Saya tidak bercakap mengenai asas ekonomi, peralihan tenaga dan transformasi digital tanpa menanamkan nilai dan akhlak.
“Nilai kekeluargaan, kepercayaan, keadilan, kehormatan dan maruah manusia, ini mesti menjadi asas kita,” katanya.

Perdana Menteri juga menyeru negara Islam lebih bersatu khususnya dalam sektor seperti ekonomi halal, kewangan Islam dan inovasi digital.
Mengambil contoh sektor halal yang mempunyai potenis bernilai lebih AS$3 trillion (RM12.8 trilion), Anwar berkata ia lebih daripada sekadar penjenamaan dan mesti mencerminkan keharmonian antara perdagangan dan hati nurani.
Beliau turut menegaskan kewangan Islam tidak seharusnya hanya mencontohi sistem konvensional, tetapi menawarkan alternatif yang inovatif dan berdaya maju untuk masyarakat Muslim dan bukan Muslim.
Beliau turut memuji Tatarstan dan Presiden Russia, Vladimir Putin atas komitmen mereka terhadap KazanForum dan usaha mewujudkan platform untuk memperkuatkan suara negara Islam di pentas dunia.
“Presiden Putin berulang kali menyebut perlunya menyokong forum ini dan memastikan ia menjadi pragmatik dan bermakna,” katanya.
Sebelum itu, Perdana Menteri memetik pengarang dan ahli falsafah Russia, Leo Tolstoy serta penyair kebangsaan Tatar, Gabdulla Tukay untuk menekankan ketahanan dan dinamik masyarakat Tatar dalam menjalin hubungan dengan negara Islam.
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=2803648221&pi=t.aa~a.1654364369~i.38~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1747414037&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1396892%2Fanwar-kongsi-kisah-kebersamaan-asean-gesa-dunia-islam-perkukuh&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1747414038679&bpp=1&bdt=897&idt=1&shv=r20250514&mjsv=m202505130201&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D93d2f66ca7d6741e%3AT%3D1747385441%3ART%3D1747413613%3AS%3DALNI_MbA-2_vn_s9K4xXR-YopzB9a41qlA&gpic=UID%3D000010c36b19eeb1%3AT%3D1747385441%3ART%3D1747413613%3AS%3DALNI_MbhnLWU8EiiD50oOi5ojAmYsLmLCQ&eo_id_str=ID%3D270ee257a2fa0c07%3AT%3D1747385441%3ART%3D1747413613%3AS%3DAA-AfjaZCBfumLZmEEr0jqsiNmk_&prev_fmts=0x0%2C430x430&nras=3&correlator=6026588211851&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=3551&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=31092463%2C95332927%2C95353387%2C31092430%2C95360956%2C95360949&oid=2&pvsid=4777958250761402&tmod=1789924184&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=3&uci=a!3&btvi=2&fsb=1&dtd=6
“Betapa bertenaga dan tinggi ketabahan mereka,” kata Anwar merujuk kepada karya Haji Murad oleh Tolstoy dan puisi patriotik Tukay.
“Orang Tatar teguh berdiri, tidak menyerah, menghadapi cabaran baru dengan keberanian. Kita mesti belajar daripada kekuatan ini ketika membina usaha baru dengan dunia Islam,” katanya.
Dalam isu pemberdayaan belia, Anwar menyeru pemimpin untuk membabitkan suara golongan muda dalam merangka dasar dan keputusan.
“Biarkan golongan muda merenung apa yang kita bincangkan dan memberi pandangan mereka.
“Mereka mesti mempunyai suara utama dalam program yang mempengaruhi masa depan mereka,” katanya.
Perdana Menteri menutup ucapannya dengan menegaskan sokongan Malaysia terhadap KazanForum dan memuji peranan Tatarstan dalam memajukan diplomasi ekonomi dengan negara Islam.-BH Online