Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR Pekerja asing yang dibenarkan untuk memohon pertukaran majikan merentasi sektor penggajian hanya akan membabitkan sektor formal, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Beliau berkata, garis panduan berhubung tempoh minimum bekerja serta kelulusan yang diperlukan bagi memohon pertukaran majikan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=3919061902&pi=t.aa~a.1654364369~i.2~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1746781730&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1394032%2Fpekerja-asing-dibenar-mohon-tukar-majikan-hanya-babitkan-sektor&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1746781755932&bpp=2&bdt=952&idt=2&shv=r20250507&mjsv=m202505050101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Da1f499f316b63bd6%3AT%3D1746778658%3ART%3D1746781456%3AS%3DALNI_MbMInKgbkjcVDZuNrhFLEj8IPTyeQ&gpic=UID%3D000010b9d7d53d40%3AT%3D1746778658%3ART%3D1746781456%3AS%3DALNI_MYVmZkmcqODnpd-5KRMfJVe77m2PA&eo_id_str=ID%3D5e86c106e74a1bea%3AT%3D1746778658%3ART%3D1746781456%3AS%3DAA-Afjayo8QNGBHzfyaaNRMzJhqv&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=6772407648431&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=852&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=31092114%2C95358862%2C95358864%2C31092196%2C31092280%2C95359265&oid=2&pvsid=7823683629304497&tmod=204709400&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=7&uci=a!7&btvi=1&fsb=1&dtd=4

Katanya, sektor formal merujuk kepada pekerjaan yang dikawal selia oleh kerajaan dan menawarkan faedah pekerjaan seperti keselamatan sosial, perlindungan kesihatan serta caruman persaraan.

“Ia termasuk industri seperti pembuatan, penjagaan kesihatan, perbankan, pendidikan dan perkhidmatan awam.

“Buat masa ini, hanya pertukaran majikan dalam sektor formal dibenarkan.

“Pembantu rumah atau pekerja domestik tidak termasuk dalam sektor formal dan dikecualikan,” katanya ketika sidang media Lanjutan Bulan Pemutihan PERKESO di Dewan Utama Menara PERKESO, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Sim berkata, kerajaan akan memperincikan garis panduan bagi memastikan proses pertukaran dilaksanakan dengan betul, termasuk mendapatkan persetujuan semua pihak yang berkaitan.

“Persetujuan pekerja juga diperlukan bagi yang memohon menukar pekerja antara majikan.

“Apabila pertukaran rentas sektor dibenarkan, contohnya jika sesebuah syarikat tiba-tiba ditutup atau mengurangkan operasi, pekerja yang terjejas tetapi masih memiliki permit yang sah boleh dipindahkan ke majikan lain.

“Ia akan membantu mengurangkan risiko pekerja melarikan diri atau bekerja secara tidak sah kerana pertukaran dilakukan melalui saluran sah,” katanya.

Sim berkata, pertukaran sektor berkenaan tertakluk kepada had kuota serta perlu mendapat kelulusan daripada majikan sedia ada dan baharu, selain persetujuan pekerja sendiri.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan kerajaan meluluskan dasar baharu yang membenarkan pertukaran pekerja asing antara majikan merentasi pelbagai sektor pekerjaan.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing.

“Sebelum ini, kerajaan hanya membenarkan pertukaran majikan dalam sektor penggajian yang sama sahaja dengan syarat sama ada penstrukturan syarikat, penutupan syarikat, pembesaran syarikat atau atas kelulusan suatu jawatankuasa yang dikendali oleh Jabatan Tenaga Kerja,” katanya.-BH Online