KUALA LUMPUR: Langkah proaktif menubuhkan Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC) memperlihatkan komitmen Kerajaan MADANI dalam usaha mempertahankan kepentingan negara, sekali gus memastikan daya saing Malaysia kekal kukuh di mata dunia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah juga, katanya, beliau memandang serius cabaran dihadapi komuniti desa akibat ketidaktentuan perdagangan global.
“Ramai penduduk luar bandar secara tidak langsung bergantung pada sektor elektrik dan elektronik (E&E), kelapa sawit, getah dan pertanian, dengan Amerika Syarikat (AS) antara pasaran utama negara.
“Justeru, saya yakin usaha kerajaan itu bukan saja berunding mengurangkan tarif tetapi juga membuka pasaran baharu di ASEAN, Timur Tengah, Mesir, Pakistan dan Kemboja yang penting bagi melindungi pendapatan dan kelangsungan hidup mereka yang terkesan,” katanya dalam hantaran melalui Facebook, hari ini.
Ahmad Zahid berkata, beliau juga menyambut baik dan menyokong penuh langkah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Sidang Khas Parlimen semalam bagi menangani kesan pengenaan tarif timbal balas oleh AS ke atas Malaysia.
Dalam pada itu, beliau menghargai tindakan pantas kerajaan mengumumkan peruntukan RM1 bilion bagi menaik taraf sempadan Sabah dan Sarawak-Kalimantan.null
Katanya, ini secara langsung akan memperlihatkan pembinaan sekolah, klinik, jalan dan tebatan banjir dapat dipercepatkan serta membuka lebih banyak peluang kerja untuk kontraktor kecil dan pekerja di kawasan luar bandar.
Dalam sektor pembangunan halal pula, Ahmad Zahid berkata, Malaysia akan terus diyakini menerajui industri halal dunia dengan nilai eksport mencecah RM61.79 bilion pada 2024 (meningkat 15 peratus berbanding tahun sebelumnya), mengekalkan kedudukan pertama dalam Indeks Ekonomi Islam Global selama 10 tahun berturut-turut.
Beliau berkata, kelembapan ekonomi global akibat dasar tarif itu dijangka menjejaskan permintaan antarabangsa terhadap pelbagai produk eksport termasuk barangan halal, sekali gus memberi tekanan kepada penggiat industri tempatan.
Katanya, usaha menerokai pasaran baharu khususnya di Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Asia Selatan, melalui padanan perniagaan dan penyertaan dalam ekspo antarabangsa, akan memangkin pertumbuhan eksport, membuka peluang baharu bagi usahawan tempatan serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab halal global.
Beliau berkata, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Halal Development Corporation akan memastikan usahawan halal, khususnya di desa, dapat terus menembusi pasaran global.
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=2803648221&pi=t.aa~a.1654364369~i.28~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1746550659&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1392955%2Fpenubuhan-ngcc-perlihat-komitmen-kerajaan-pastikan-daya-saing&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1746550660398&bpp=1&bdt=806&idt=0&shv=r20250501&mjsv=m202504300101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D7e1751bb204e937f%3AT%3D1746507636%3ART%3D1746550379%3AS%3DALNI_MZvnPejQz3OX5YlFXeyspHCDSZFJg&gpic=UID%3D000010b7e0d6566d%3AT%3D1746507636%3ART%3D1746550379%3AS%3DALNI_Mbcal1oAisYSUQj3jUU4OxiozQfqg&eo_id_str=ID%3D709f58fdbd9973b8%3AT%3D1746507636%3ART%3D1746550379%3AS%3DAA-AfjbcvDLFNLUuhD_Q4m4pNOrX&prev_fmts=0x0%2C430x430&nras=3&correlator=6913653020805&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=3129&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95358862%2C95358864%2C42531705%2C95354563%2C95358622%2C95359240%2C95359121%2C95356797&oid=2&pvsid=5282819152318666&tmod=1716384251&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=3&uci=a!3&btvi=2&fsb=1&dtd=163
“Sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan kepada MATRADE bagi mempercepatkan usaha ini dan membuka akses ke pasaran antarabangsa yang lebih luas,” katanya.-BH Online