Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak boleh memihak kepada mana-mana negara kerana ekonomi negara banyak bergantung kepada sektor dagangan, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Tegasnya, Malaysia sebaliknya perlu berada dalam kedudukan yang menguntungkan.

“Apabila China dan Amerika Syarikat (AS) tidak sehaluan, mereka akan datang kepada kita seterusnya memberi keuntungan kepada negara. Kita perlu pastikan Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang boleh berbicara dengan mana-mana pihak.

“Itulah kedudukan yang kita mahu dan letakkan untuk diri kita,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Perasmian Penutupan Latih Amal Keselamatan Negara Kepengerusian ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Mohamad berkata, beliau baru pulang dari Mesyuarat Menteri-menteri Luar BRICS di Rio De Janeiro, Brazil dan pada sesi itu, Malaysia tidak diletakkan dalam kedudukan cenderung kepada mana-mana pihak.

“Dalam mesyuarat itu kita meletakkan Malaysia dalam posisi yang tidak cenderung kepada mana-mana pihak. Sebab itulah dalam kenyataan kita mengenai isu semasa, kita tidak menyatakan apa-apa secara terbuka. 

“Bagi isu semasa seperti tarif dikenakan AS, kita hantar Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) dan Menteri Kewangan ll (Datuk Seri Amir Hamzah Azizan) untuk bertemu pihak mereka. 

“Kita ambil maklum mengenai apa yang mereka inginkan. Kita balik ke sini, bincang dan akan membawa semula maklum balas serta cadangan dari pihak kita.

“Rundingan akan dimulakan bila kedua-dua pihak sudah jelas mengenai kehendak atau wish list masing-masing,” katanya.

Mohamad berkata, menerusi perbincangan itu, Malaysia tahu apa yang dimahukan, iaitu negara berkaitan mahu mengurangkan jurang perdagangan atau trade deficit

Tegasnya, ramai menganggap China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia, tetapi perdagangan dengan China sebenarnya tidak memihak kepada negara.

“Sebaliknya, AS walaupun hanya rakan dagang ketiga terbesar, ia memberi kelebihan kepada kita. Kita ada lebihan dagangan dengan negara itu. Mereka mahu tahu bagaimana kita boleh kurangkan ketidakseimbangan perdagangan itu. 

“Jadi, kita akan lihat bagaimana Malaysia boleh membeli lebih banyak dari AS dan pada masa sama, bagaimana China pula boleh membeli lebih banyak dari kita. Tujuannya adalah untuk mengimbangi perdagangan,” katanya. 

Mohamad berkata, apa yang penting kini adalah ‘perniagaan’ oleh Malaysia mendapat keuntungan. 

“Kita berniaga bukan untuk rugi. Walaupun setiap tahun kita umumkan defisit fiskal dalam bajet, kita sentiasa cuba kurangkan. Diharapkan menjelang tahun depan, defisit kita dapat dikurangkan kepada tiga peratus.

“Paling utama dalam perdagangan adalah aliran tunai. Buat masa ini, kita catat lebihan dagangan, iaitu kita menjual lebih daripada yang kita beli. Ini memberi aliran tunai kepada negara.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=358&adk=1983910584&adf=3931165298&pi=t.aa~a.1654364369~i.34~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1746612287&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×358&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1393322%2Fmalaysia-tidak-boleh-memihak-perlu-berada-dalam-kedudukan&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1746612288549&bpp=1&bdt=1242&idt=1&shv=r20250505&mjsv=m202505010101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D0b4403bb078fcf6f%3AT%3D1746608342%3ART%3D1746612288%3AS%3DALNI_MbYU0FSuV4-frAd9Iq9krX39O7KZA&gpic=UID%3D000010b89aaeb0dd%3AT%3D1746608342%3ART%3D1746612288%3AS%3DALNI_MY0CB_JAxBIMZLuXp_CfGN87iFJwA&eo_id_str=ID%3D3b2efcd73c92c417%3AT%3D1746608342%3ART%3D1746612288%3AS%3DAA-AfjbzHdDxfAXhjTpd6mcIAu9I&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=8790091004378&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=2504&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=31092113%2C95358863%2C95358865%2C95359240%2C95344788%2C95359114%2C31092107%2C95359476&oid=2&pvsid=2863273831848890&tmod=1170421595&uas=3&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=7&uci=a!7&btvi=1&fsb=1&dtd=4

“Justeru, kita mesti pastikan Malaysia dilihat oleh dunia sebagai negara amalkan dasar bebas, aman dan berkecuali. 

“Malaysia juga mesti dilihat sebagai negara yang boleh menjadi tuan rumah sidang-sidang antarabangsa dan memainkan peranan dalam menjaga keselamatan serta kelancaran persidangan berkenaan pada masa depan,” katanya. 

Sementara itu, beliau memaklumkan, kerajaan sedang meneliti untuk membangunkan sebuah bangunan di Bandar Malaysia sebagai persediaan menjadi tuan rumah bagi persidangan peringkat antarabangsa. 

Cadangan itu, katanya, sudah dikemukakan pada Mesyuarat Kabinet semalam dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama menteri lain memberi maklum balas positif. 

Beliau berkata, bangunan itu kelak akan menumpukan pelbagai aspek, terutama keselamatan pemimpin yang datang ke negara ini. 

“Dewan ini (di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur) sudah tidak sesuai untuk menjadi tempat persidangan besar seperti ASEAN,” katanya.

Ini kerana, tambahnya, Malaysia juga sedang membida untuk menjadi tuan rumah Persidangan Negara-Negara Islam (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Persidangan Ketua-Ketua Negara/Kerajaan Komanwel. 

“Disebabkan itu kita memerlukan tempat persidangan yang baharu, lebih baik dan bersesuaian dengan beberapa aspek terutamanya dalam sektor keselamatan,” katanya.-BH Online