KUALA LUMPUR: Kemajuan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), merentasi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor disifatkan lebih awal daripada perancangan apabila kini sudah mencapai 82.45 peratus sehingga April lalu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pembinaan stesen ECRL pula berada di tahap memuaskan dan dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua 2026 bagi mempersiapsiagakan fasa pengoperasian infrastruktur nasional itu.
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=3919061902&pi=t.aa~a.1654364369~i.2~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1746524396&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1392868%2Fkemajuan-projek-ecrl-lebih-awal-dari-masa-ditetapkan-loke&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1746524397827&bpp=2&bdt=1183&idt=2&shv=r20250501&mjsv=m202504290101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D7e1751bb204e937f%3AT%3D1746507636%3ART%3D1746523965%3AS%3DALNI_MZvnPejQz3OX5YlFXeyspHCDSZFJg&gpic=UID%3D000010b7e0d6566d%3AT%3D1746507636%3ART%3D1746523965%3AS%3DALNI_Mbcal1oAisYSUQj3jUU4OxiozQfqg&eo_id_str=ID%3D709f58fdbd9973b8%3AT%3D1746507636%3ART%3D1746523965%3AS%3DAA-AfjbcvDLFNLUuhD_Q4m4pNOrX&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=5737385032030&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=864&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95358863%2C95358865%2C95332587%2C95359240%2C95359116%2C95356797&oid=2&pvsid=345438448746838&tmod=1872644095&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=2&uci=a!2&btvi=1&fsb=1&dtd=187
Beliau berkata, sebanyak 11 set tren EMU enam gerabak buatan syarikat CRRC Dalian diperuntukkan bagi pengoperasian ECRL, yang mana set pertama dijangka tiba di Malaysia menjelang akhir tahun ini.
“Tren EMU ini akan bergerak pada kelajuan maksimum 160 kilometer sejam (km/j) apabila memulakan operasi komersialnya kelak pada Januari 2027 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dengan masa perjalanan selama empat jam saja.
“Pada masa sama, projek ECRL memperuntukkan 12 set E-Loco daripada CRRC Dalian bagi pengangkutan kargo, dengan set pertama juga akan tiba di Malaysia menjelang akhir tahun ini.
“Apabila YB (Perdana Menteri) tanya projek ikut masa ke, kita jawab bukan saja ikut masa tetapi lebih awal dari masa ditetapkan,” katanya berucap pada Majlis Peluncuran Peluang Pekerjaan dan Penyerahan Surat Tawaran PLKI-ECRL bagi Fasa Pengoperasian dan Penyelenggaran ECRL, di sini, hari ini.-BH Online