Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan negara ke Malaysia mulai 15 hingga 17 April ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata lawatan itu secara tidak langsung menunjukkan hubungan perdagangan erat di antara kedua-dua negara.

“Malaysia akan menerima Lawatan Negara oleh Presiden Xi Jinping bermula 15 hingga 17 April.

“Jemaah Menteri sudah dimaklumkan bahawa lawatan ini bukan hanya dinantikan tetapi adalah sebahagian daripada usaha Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang mana memperlihatkan hubungan perdagangan lebih baik dengan pelbagai negara termasuk China.” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Pada 4 Oktober 2013, Xi Jinping bersama isteri, Peng Liyuan, buat pertama kali mengadakan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur dengan sambutan rasmi dilakukan di Parlimen.

Ketibaan Xi ketika itu disambut Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.-BH Online