Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan peniaga kecil dinasihatkan memainkan peranan masing-masing dengan penuh amanah dan tanggungjawab demi keharmonian serta kepentingan bersama.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata PBT mesti menjalankan tugas dengan penuh amanah dan integriti, manakala peniaga pula perlu memastikan mereka mematuhi undang-undang dan memperoleh lesen atau permit yang sah sebelum berniaga.

“Saya memahami ramai peniaga kecil gigih mencari rezeki sepanjang musim perayaan ini. 

“Pada masa sama, PBT perlu melaksanakan tanggungjawab mereka supaya kawasan perniagaan adalah selamat dan selesa untuk orang ramai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kerjasama dan persefahaman antara dua pihak adalah kunci kepada keharmonian masyarakat. 

“Justeru, jika berlakunya permasalahan atau pertelingkahan, kita mesti mencari cara penyelesaian secara rasional supaya mengelakkan sebarang kejadian yang boleh menjejaskan keharmonian.

“Pihak KPKT akan terus memantau untuk memastikan semua PBT mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam proses penguatkuasaan supaya aktiviti perniagaan dapat dijalankan dengan lancar dan kesejahteraan masyarakat turut dipelihara,” katanya.-BH Online