KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya dari Pakistan, Shehbaz Sharif.
Perbincangan mereka antara lain menyentuh mengenai hubungan dua hala dan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Selain bertukar ucapan Aidilfitri, kedua-dua pemimpin juga berbincang mengenai perkembangan terkini di Gaza.
Anwar berkata persahabatan antara Malaysia dan Pakistan yang semakin erat, membuka ruang untuk meneroka pelbagai kerjasama baharu, terutama ketika pertemuannya dengan Shehbaz di Pakistan pada Oktober tahun lalu.
Katanya, jumlah pelaburan Pakistan di Malaysia berkembang baik dan kini mencecah kira-kira AS$397 juta (RM1.76 bilion).
“Saya mengalu-alukan lebih banyak pelaburan baharu, terutama dalam bidang pertanian, petrokimia dan biojisim.
“Kami juga sempat menilai semula memorandum persefahaman (MoU) yang dipersetujui sebelum ini, terutama terkait pelaburan, perdagangan, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan serta sains.
“Insya-Allah, kami sepakat mahu menyegerakan sebarang urusan tertunggak untuk segera merealisasikan kerjasama ini,” katanya dalam hantaran pada akaun Facebook miliknya hari ini.
Mengenai Gaza, Anwar berkata Israel sudah melanggar perjanjian gencatan senjata dan menggagalkan usaha damai menerusi serangan ganas terhadap rakyat Palestin.
Beliau dan Shehbaz juga bertukar pandangan dan menyelaras idea mengenai menghentikan keganasan serta pemulihan semula Gaza.
Perdana Menteri berkata, beliau juga menantikan kunjungan Shehbaz yang buat pertama kalinya akan ke Malaysia pada 9 Mei ini.
“Mendoakan semoga keberkatan Ramadan dan Aidilfitri membawa rahmat buat hubungan persahabatan Malaysia-Pakistan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya.
Mengenai Gaza, Anwar berkata Israel sudah melanggar perjanjian gencatan senjata dan menggagalkan usaha damai menerusi serangan ganas terhadap rakyat Palestin.
Beliau dan Shehbaz juga bertukar pandangan dan menyelaras idea mengenai menghentikan keganasan serta pemulihan semula Gaza.
Perdana Menteri berkata, beliau juga menantikan kunjungan Shehbaz yang buat pertama kalinya akan ke Malaysia pada 9 Mei ini.
“Mendoakan semoga keberkatan Ramadan dan Aidilfitri membawa rahmat buat hubungan persahabatan Malaysia-Pakistan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya.-BH Online