Jakarta: Indonesia hari ini mengumumkan tarikh 1 Syawal bagi seluruh wilayah negara itu adalah pada Isnin.
Menteri Agama Nasaruddin Umar berkata, tetapan itu dibuat selepas keputusan rukyatul hilal yang dijalankan pasukan Rikyat Hisab Rukyat kementerian menunjukkan ketinggian anak bulan di seluruh wilayah Indonesia tidak memenuhi kriteria Kementerian Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).
“Secara hisab, data hilal (anak bulan) pada hari ini belum memenuhi kriteria penampakan hilal MABIMS.
“Jadi malam ini, untuk seluruh wilayah Indonesia, kita masih perlu menunaikan solat Tarawih,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Jakarta, hari ini.
Menurutnya lagi, kerajaan berharap dengan ketepatan keputusan Sidang Isbat itu, seluruh umat Islam di Indonesia dapat meraikan Aidilfitri secara bersama dengan penuh meriah.-MyMetro Online