Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Oleh: Dato’ Lokman Adam

  1. Di dalam podcast “Keluar Sekejap”, Hamzah Zainuddin menyatakan hasrat bahawa BERSATU bersedia menjalinkan kerjasama dengan UMNO memandangkan (“kononnya”) kedua-dua parti ini mempunyai asas perjuangan politik yang sama.
  2. Jikalah betul apa yang diinginkan oleh BERSATU ini, iaitu untuk kembali bersama-sama UMNO, kenapa Hamzah Zainuddin dan kuncu-kuncu MP BERSATU yang lain tidak mengikut jejak enam (6) orang MP BERSATU menyokong Perdana Menteri dan bersama dengan blok Kerajaan Perpaduan yang diiktiraf oleh YDP Agong?
  3. Kepada Hamzah Zainuddin, kamu kena ingat, BERSATU adalah parti yang jelas ditubuhkan untuk melemahkan kekuatan sebenar orang Melayu melalui UMNO.
  4. Kekuatan BERSATU sebelum ini adalah bersifat ‘superficial’. Tidak dibangunkan melalui perjuangan hakiki tetapi dibina melalui sindiket pengkhianatan politik paling licik dan jelik dalam sejarah politik Malaysia.
  5. Bagaimana kamu sebut BERSATU dan UMNO mempunyai wadah perjuangan yang sama sedangkan realitinya BERSATU tidak mempunyai ‘standing’ sebagai pendukung kesatuan dan perpaduan Melayu. DNA BERSATU ialah anti UMNO dan karakternya adalah khianat.
  6. Berlainan dengan UMNO, UMNO adalah gerakan politik yang terbukti berjaya mengurus dan mentadbir negara dengan cekap dan berjaya. Ia telah dan akan UMNO usahakan dalam pelbagai ruang lingkup, pada setiap masa dan bukan bermusim. Sebab itulah UMNO menjunjung tinggi Titah YDP Agong untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan (bersama Pakatan Harapan) dan menjadikan negara ini lebih harmoni.
  7. Ketika pengkhianatan besar-besaran kamu dan BERSATU terhadap UMNO, kamu tidak fikirkan pula kepentingan bangsa dan agama. Tetapi UMNO walau dalam keadaan lemah tetap fokus kepada kelangsungan politiknya dan kepentingan bangsa Melayu. Bagi UMNO, adalah strategik untuk orang Melayu mempunyai parti terbesar dan paling dominan dalam kerajaan dan bukannya jadi pengkhianat sepertimana BERSATU.
  8. Fokus UMNO adalah untuk mengembalikan semula kekuatan sebenar parti agar dapat menjadi jurucakap orang Melayu yang berkesan.
  9. Usaha ini sudah pasti tidak akan dapat dicapai melalui kerjasama dengan BERSATU kerana telah menjadi cita-cita BERSATU untuk UMNO itu ditanam, ditolak dan dimusnahkan.
  10. Kepada Hamzah Zainuddin, UMNO tidak sesekali melupakan Pengkhianatan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada tahun 2020 lalu di mana ia merupakan punca kegagalan kerjasama antara BERSATU dengan UMNO.
  11. Sebab apa UMNO perlu bekerjasama dan berkawan dengan BERSATU yang niat sebenar yang mula-mula disorok BERSATU adalah untuk tamatkan riwayat UMNO buat selama-lamanya dengan menggunakan pelbagai cara termasuk menyogok ahli UMNO dan khianat UMNO.
  12. Kesimpulannya, ketika UMNO berada dalam kesusahan selepas PRU-14 (2018) dulu, kamu tinggalkan UMNO. Bila kamu berkuasa, sekali lagi kamu tidak pandang Institusi UMNO. Kini, bila kamu susah, kamu ingin bersama UMNO dengan “beretorik” (konon) untuk memperjuangkan agenda Melayu dan Islam.
  13. Bagi UMNO pengkhianat tetap pengkhianat. BERSATU lahir daripada ‘DNA serta rahim pengkhianat. Kalau tidak kerana ‘mencuri’ kerusi UMNO sebelum ini, tidak mungkin BERSATU mempunyai bilangan ahli parlimen yang ramai dalam Dewan Rakyat.
  14. Selepas curi ahli-ahli parlimen UMNO, apa BERSATU buat? BERSATU khianat rakan-rakan mereka dalam PH dan ajak UMNO, PAS, GPS dan parti lain untuk bentuk kerajaan.
  15. Semua ini akan menjadi sejarah pengkhianatan terbesar dalam lanskap politik negara.-Media Perpaduan