Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Penarikan diri Amerika Syarikat (AS) daripada Perjanjian Iklim Paris tidak sesekali menjejaskan komitmen Malaysia bersama negara anggota ASEAN lain dalam soal perubahan iklim.

Sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia kekal komited memperkukuh hubungan bersama negara ASEAN dalam konteks itu, dengan melakukan beberapa penyesuaian termasuk dari segi peralihan tenaga

Malah, beliau berkata, dasar peralihan tenaga digunakan di Semenanjung dan Sarawak akan dilaksanakan secara lebih agresif dan cepat bagi menangani isu perubahan iklim di negara ini.

“Sebagai Pengerusi ASEAN, saya lihat konsensus di ASEAN tidak berubah, adakah kita mampu mempengaruhi dasar AS, kita tak fikir kita terlalu ‘ambitious’ (bercita-cita) sehingga ke situ cuma kita jaga rakan dan jaringan sedia ada,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mengenai usaha memastikan Barat terutama AS kembali mengiktiraf perubahan iklim sebagai isu penting pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.-BH Online