Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

ABU DHABI: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan perniagaan secara bersemuka dengan pemimpin dari syarikat dana kekayaan berdaulat terbesar Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai sebahagian lawatan tiga hari beliau ke Abu Dhabi.

Perdana Menteri yang tiba di UAE semalam, bertemu Pengarah Urusan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA), Sheikh Hameed bin Zayed Al Nahyan.

ADIA adalah antara syarikat dana kekayaan berdaulat terbesar di dunia yang menguruskan simpanan minyak yang besar di UAE.

Anak syarikatnya adalah sebahagian daripada konsortium diketuai Khazanah Nasional Bhd, yang turut membabitkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Global Infrastructure Partners, yang sedang berusaha menjadikan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sebagai syarikat persendirian. 

Anwar kemudian mengadakan perbincangan dengan Khaldoon Al Mubarak, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Investment Company yang dimiliki oleh kerajaan. 

Anak syarikatnya, Mubadala Petroleum, berada di Malaysia sejak 2010 dan menjadi pengendali Blok SK 320 di luar pesisir Sarawak, dengan pegangan sebanyak 55 peratus. Pada 2022, ia memulakan pengeluaran gas pertama dari medan gas Pegaga.

Perdana Menteri juga mengadakan mesyuarat dengan Mohamed Jameel Al Ramahi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tenaga besar UAE, Abu Dhabi Future Energy Co PJSC (Masdar), sebuah anak syarikat Mubadala.

Masdar pada 2023 memilih Citaglobal Bhd dan Cypark Resources Bhd untuk membantu menjayakan projek tenaga boleh diperbaharui (RE) besar-besaran sebagai sebahagian daripada pelaburan bernilai AS$8 bilion (RM36.08 bilion) di Malaysia.

Tahun lalu, Masdar dan Sarawak Energy menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mengkaji kebolehlaksanaan pemasangan projek fotovoltaik solar (PV) terapung di empangan Murum di Belaga, dengan unjuran penjanaan 1,000 megawatt (MW) tenaga elektrik.

Apabila siap, ia akan menjadi projek solar terapung terbesar di dunia, mengatasi projek solar terapung di China yang menjana 680 MW. 

Selepas mesyuarat itu, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden UAE dan Perdana Menteri, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, yang juga Pemerintah Dubai di Istana Za’abeel di Dubai, kira-kira 150 kilometer (km) dari Abu Dhabi.

Perbincangan dijangka menumpukan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka peluang dalam tenaga boleh diperbaharui, keselamatan makanan dan tenaga, kecerdasan buatan (AI) dan pusat data serta isu serantau dan global yang menjadi perhatian bersama.

Anwar berada di Abu Dhabi atas jemputan pemerintah Dubai.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=358&adk=1983910584&adf=2803648221&pi=t.aa~a.1654364369~i.37~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1736766392&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×358&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F01%2F1348804%2Fpm-jumpa-pemimpin-syarikat-dana-kekayaan-berdaulat-uae-hari-ini&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1736766411261&bpp=1&bdt=1239&idt=1&shv=r20250108&mjsv=m202501070101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D9cc983b527377820%3AT%3D1736533148%3ART%3D1736729951%3AS%3DALNI_Mamzyb1e_Uxmzhf2t0jXnPzUHsDqA&gpic=UID%3D00000fe40ad87bde%3AT%3D1736533148%3ART%3D1736729951%3AS%3DALNI_MajTFWODqHWjokj0Dz2mfPT9uuM1g&eo_id_str=ID%3D53bff22ec6f3b112%3AT%3D1736533148%3ART%3D1736729951%3AS%3DAA-AfjayAtaFWJdwVhXs2oxNdcDm&prev_fmts=0x0%2C430x358&nras=3&correlator=1457047190865&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=3615&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95349405%2C95335247%2C95347433&oid=2&pvsid=3800318760063894&tmod=367603951&uas=3&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=8&uci=a!8&btvi=2&fsb=1&dtd=7

Lawatan Anwar itu diiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Ini lawatan pertama Perdana Menteri ke luar negara sejak Malaysia memegang jawatan pengerusi ASEAN 2025 pada 1 Januari lalu.

Hari ini, Anwar bertemu Presiden UAE dan Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Beliau juga akan menyertai 12 ketua negara dan kerajaan lain pada Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW) 2025 yang antara lain, mengambil bahagian dalam sesi pleno dan menyertai dialog bertajuk ‘Asean Interconnected Future: Linking Energy, Trade & Prosperity’.

Perdana Menteri akan menyaksikan pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE (CEPA) dan menghadiri Majlis Anugerah Zayed Sustainability Prize.

Abu Dhabi adalah persinggahan pertama bagi lawatan empat negara Perdana Menteri sebelum ke United Kingdom, Belgium dan kemuncaknya, menyertai Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.-BH Online