KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan dua bot membawa pendatang tanpa izin (PATI) diusir daripada perairan Langkawi di Kedah selepas berjaya dihalang berhampiran Pulau Rebak hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, berkata tindakan itu diambil selepas bantuan diberikan kepada PATI dari Myanmar yang dipercayai etnik Rohingya itu yang keletihan dan kelaparan.
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=358&adk=1983910584&adf=1103367320&pi=t.aa~a.1654364369~i.4~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1735997874&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×358&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F01%2F1344991%2F2-bot-bawa-300-pati-diusir-dari-perairan-langkawi-selepas-dibantu&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1735997894133&bpp=1&bdt=1604&idt=1&shv=r20241212&mjsv=m202412090101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D0b437b1dec4926b7%3AT%3D1735973882%3ART%3D1735992552%3AS%3DALNI_MZOv4cCTmeCH2sBs9uJuEcNSm2rQQ&gpic=UID%3D00000fd31c3db54c%3AT%3D1735973882%3ART%3D1735992552%3AS%3DALNI_MZZqR21Wfitr8g58-0dELud6ZXXIQ&eo_id_str=ID%3D41d25264e6588890%3AT%3D1735973882%3ART%3D1735992552%3AS%3DAA-AfjZ8MfyHmxMDcqzxUXKqtlr0&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=6474872501907&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=756&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=31089323%2C95333409%2C95344788%2C95347433&oid=2&pvsid=2193740376363754&tmod=1814139807&uas=3&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=2&uci=a!2&btvi=1&fsb=1&dtd=5
Kedua-dua bot itu terlebih dahulu berjaya dikesan di kawasan dua batu nautika barat daya Pulau Rebak.
Mohd Rosli berkata, semua PATI ditemukan dalam keadaan keletihan selepas dipercayai melalui perjalanan panjang tanpa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi.
“Dianggarkan hampir 300 orang PATI berada dalam dua bot terbabit dan pihak Maritim Malaysia telah memberi bantuan termasuk bekalan makanan dan minuman air bersih.
“Seterusnya dua bot PATI Myanmar terbabit diusir keluar sehingga ke perairan sempadan negara bagi meneruskan pelayaran,” katanya melalui kenyataan, hari ini.
Terdahulu, BH Online melaporkan mengenai dua bot kayu yang sarat penumpang disyaki etnik Rohingya dipintas Maritim Malaysia ketika cuba menceroboh perairan Langkawi hari ini.
Penahanan itu kali kedua dalam tempoh dua hari selepas polis menahan sekumpulan 196 etnik Rohingya di Pantai Teluk Yu, Mukim Ayer Hangat awal pagi semalam.
Mohd Rosli berkata, Maritim Malaysia bekerjasama rapat dengan pihak penguat kuasa Thailand bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai pergerakan dua bot terbabit yang dipercayai sebahagian daripada tiga bot yang cuba mendarat di Pulau Langkawi.
Dalam pada itu, Mohd Rusli menasihatkan komuniti maritim segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa ke talian kecemasan 999 atau menghubungi Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi di talian 04-9662750 atau 011-58925868.
Media semalam melaporkan, Maritim Malaysia melancarkan operasi bagi mengesan saki-baki PATI dari Myanmar yang dilaporkan menuju ke Langkawi.
Mohd Rosli, dipetik berkata, operasi GUARD Bilangan 4/2025 diaktifkan susulan laporan mengatakan dua lagi bot dipercayai membawa PATI berada di laut.-BH Online