Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Langkah segera bakal diambil untuk memacu pertumbuhan dan merancakkan industri pelancongan serta memastikan pemeliharaan biodiversiti di Pulau Langkawi, Kedah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran ringkas dalam Facebooknya, hari ini, Perdana Menteri berkata, beliau akan menyegerakan beberapa projek termasuk cabang universiti yang memberikan manfaat kepada rakyat di pulau itu kelak.

Anwar telah mengadakan mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang turut disertai Pegawai Daerah dan Ketua Polis Daerah Langkawi, menurut hantaran itu lagi. – BERNAMA