KUALA LUMPUR, 26 Disember- Forum Ekonomi Malaysia (FEM2025) dijadualkan berlangsung 9 Januari ini, bagi merangka keutamaan dan dasar Malaysia bagi tahun 2025.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan ucaptama pada forum itu dengan tema ‘Seizing Malaysia’s Moment’.
“Pelbagai topik akan dibincangkan termasuklah inovasi dan teknologi, peluang pelaburan di Malaysia.
“Ia termasuk peranan negara sebagai Kepengerusi ASEAN dan strategi menghadapi cabaran ekonomi global.
“Turut diketengahkan, dialog berkaitan dasar fiskal dan monetari, pembaharuan pendidikan serta teknologi,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Acara tersebut akan turut memantau kemajuan inisiatif kerajaan dalam jangka masa sederhana, selain menetapkan naratif bagi tahun akan datang.-Berita RTM