Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Lipis: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke-31 di Pahang bakal dibina di Benta, dekat sini, membabitkan kos RM4.5 juta.

Pembinaan BBP Benta yang juga satu projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) terletak di kawasan seluas tiga hektar .

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan BBP Benta adalah manifestasi komitmen kerajaan untuk menyediakan infrastruktur keselamatan yang lebih menyeluruh dan moden.

Katanya, pembinaannya bukan sahaja akan meningkatkan tahap respons pasukan bomba, tetapi mampu memberikan keyakinan kepada masyarakat setempat terhadap keselamatan mereka.

“BBP Lipis terletak sejauh 30 (km) dan masa respons selama 34 minit menyebabkan beberapa insiden kebakaran sukar dikawal serta mengakibatkan kerugian harta benda yang besar.

“Namun, lokasi BBP Benta dibina di kawasan strategik dan dijangka dapat memenuhi keperluan operasi menyelamat di kawasan sekitarnya dengan lebih cekap,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah BBP Benta di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata, beliau berharap projek ini dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu kira-kira 36 bulan.

Katanya, BBP ini akan dilengkapi ruang jentera, padang kawad, menara, stor logistik dan kemudahan lain,” katanya.-MyMetro Online