Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan mengesahkan tiada perancangan untuk membina stadium baharu khusus bagi penganjuran kejohanan e-sukan.

Sebaliknya, salah satu kemudahan sedia ada di KL Sports City, Bukit Jalil akan diubah suai menjadi kompleks untuk sukan digital yang semakin mendapat perhatian.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata keputusan itu dibuat bagi memanfaatkan infrastruktur di Bukit Jalil tetapi kompleks itu bersifat lengkap dan mampu untuk menganjurkan acara e-sukan berskala besar.

Begitupun, Hannah menafikan kompleks itu akan membabitkan salah satu ruang di Axiata Arena.

“Saya boleh katakan ia bukan di Axiata Arena. Kami ketika ini sedang bekerjasama dengan Perbadanan Stadium Malaysia untuk menjayakan projek ini.

“Jadi beri kami masa kerana saya tidak mahu membuat pengumuman terlalu awal,” kata Hannah yang turut menekankan lokasi penganjuran kejohanan e-sukan tidak bergantung kepada kemudahan seperti stadium tetapi keperluan terhadap pertandingan dan saiz penonton.-BH Online