Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Semua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sudah berada di lapangan terutamanya di kawasan berisiko banjir sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua bencana berkenaan. 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata seramai 82,000 anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan termasuk JBPM sudah dikerah melaksanakan tugas membantu misi menyelamatkan mangsa terjejas.

“Untuk gelombang kedua ini, JBPM sudah membekukan cuti semua anggotanya dan kini kebanyakan yang terbabit dalam misi sudah berada di lapangan. null

“Bagaimanapun, kita lihat setakat ini jumlah mangsa banjir semakin berkurangan manakala pusat pemindahan sementara (PPS) juga banyak ditutup.

“Jadi, kita mengharapkan untuk tempoh dua minggu ini, cuaca akan kekal baik, tidak hujan lebat dan sekiranya banjir, ia akan ditangani secara bersama. 

“Tapi saya ingin tekankan bahawa penting untuk ambil langkah pecegahan seperti ini daripada melaksanakan misi menyelamat,” katanya selepas menghadiri Taklimat Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut, di JBPM Hang Tuah, di sini hari ini. 

Dalam majlis berkenaan, Kor Ming yang diiringi Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad turutnull

menyerahkan sebanyak lima unit jentera jenis Volunteer Fire Response Vehicles (VFRV) kepada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terpilih berdasarkan merit serta jentera Urban Search and Rescue (USAR) kepada JBPM Negeri.

Kor Ming berkata ketika berhadapan dengan bencana alam sepanjang musim MTL, antara isu kritikal yang sudah sekian lama dihadapi oleh JBPM adalah berkaitan penggantian jentera dan kenderaan lama. 

“Disebabkan itu saya yakin kita boleh selesaikan masalah itu menjelang tahun hadapan. Menerusi Rolling

Plan Kelima Tahun 2025, kerajaan MADANI sudah meluluskan perolehan sebanyak 231 kenderaan baharu dengan peruntukan berjumlah RM40 Juta.

“Ini membabitkan perolehan 200 Unit Kenderaan Ringan Operasi Bagi Kegunaan Kecemasan dan Kerja Lasak, perolehan 26 Unit Light Fire Forensic Vehicle (LFFV) dan perolehan Penggantian lima Unit Jentera Khas K9 (Canine Rescue Tender).

“Selain peruntukan untuk perolehan jentera baharu, kita turut peruntukkan dana bagi kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan merangkumi peruntukan berjumlah RM33.69 juta,” katanya. 

Selain selain isu penyelenggaran kenderaan, Kor Ming turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.08juta untuk diagihkan kepada PBS di seluruh negara. 

“Sebelum ini PBS terima RM3,000 dan dengan peruntukan baharu ini, ia akan dinaikkan sehingga RM5,000 bagi setiap pasukan.

“Bagaimanapun, ia hanya diberikan kepada pasukan yang aktif membantu. Bagi pasukan kurang memberikan bantuan, saya serahkan kepada Ketua Pengarah JBPM membuat keputusan,” katanya.

Sementara itu, ketika sesi taklimat Nor Hisham memaklumkan bagi menghadapi MTL 2024, JBPM akan beroperasi dengan kekuatan seramai 13,556 pegawai dan anggota dengan dibantu 2,147 Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dan 8,421 PBS yang terdiri daripada 369 pasukan di seluruh negara.

Katanya, pembekuan cuti 100 peratus membabitkan pegawai dan anggota JBPM negeri terbabit dalam MTL yang berkuat kuasa

bermula 1 Disember lalu dan pertukaran syif bekerja dari 12 jam ke 24 jam. 

“Ia membabitkan anggota dari 13 balai bomba dan penyelamat (BBP) di Kelantan dan empat BBP di Terengganu.

“Berdasarkan rekod jabatan, sebanyak 4,619 kawasan sudah dikenalpasti berisiko dilanda banjir, 201 kawasan berisiko terjadi kepala air dan 254 adalah kawasan cerun kritikal yang sentiasa dipantau,” katanya.-BH Online