KUALA LUMPUR: Sebarang ulasan mengenai Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum boleh dikemukakan ketika ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, ia bagi mengelak daripada menimbulkan subjudis memandangkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu sudah memfailkan kes membabitkan perkara berkenaan di Mahkamah Rayuan.
Sehubungan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menasihatkan orang ramai supaya menghormati proses pendengaran kes rayuan berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada 6 Januari depan.-BH Online