Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkandas akibat banjir masih boleh hadir untuk menduduki ujian lisan Bahasa Melayu (BM) sama ada esok atau Khamis.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata kelonggaran itu dibuat bagi memastikan semua calon terjejas dapat hadir mengikut jadual ditetapkan. 

“Bagi yang tak dapat hadir peperiksaan (ujian lisan BM) yang bermula sejak semalam, boleh datang sama ada hari ini, esok atau pada Khamis. 

“Keluwesan (kelonggaran) itu kita buat supaya dapat pastikan semua dapat hadir peperiksaan.

“Tak timbul isu bahawa ada sebarang masalah dalam pelaksanaan peperiksaan (SPM) ketika ini,” katanya elepas menghadiri Pameran Wacana Pencapaian Semasa Inisiatif Baucar Buku: Epitome Aspirasi Kerajaan Madani di Laman Sidang Dewan Parlimen, di sini, hari ini. 

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Untuk rekod, ujian lisan BM bagi SPM diadakan sejak semalam dan berakhir Khamis ini.

Ujian yang berlangsung selama empat hari itu memerlukan pelajar hadir sehari mengikut jadual ditetapkan.

Mengenai situasi semasa banjir terutama di tiga negeri paling teruk terjejas iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, berkata setakat dua hari berlangsungnya SPM, peperiksaan itu didapati lancar. 

“Alhamdulillah setakat ini perjalanan ujian lisan bahasa Melayu SPM berjalan lancar. Semalam saya di Kelantan, Ketua Pengarah Pendidikan (Azman Adnan) di Terengganu, manakala Ketua Setiausaha KPM (Datuk Ruji Ubi) berada di Kedah. 

“Kami pantau tiga negeri ini cukup rapat bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan seluruh pegawai yang berkaitan, khususnya di peringkat agensi untuk pastikan tiada halangan yang besar khsuusnya dalam SPM dan kehadiran anak-anak (calon),” katanya. 

Fadhlina turut memberitahu, fasa pertama Ops Payung yang direncana kementerian itu bagi menangani sebarang masalah susulan banjir, selesai sepenuhnya. 

Ketika ini, katanya, KPM memasuki fasa kedua iaitu memastikan persiapan mental dan fizikal pelajar atau calon SPM berada di tahap terbaik. 

“Kita sudah buat fasa pertama iaitu pindahkan calon ke tempat selamat. Fasa pertama sudah 100 peratus selesai. Mereka ditempatkan di asrama yang telah dikenal pasti.

“Mereka akan ditempatkan (di asrama) sepanjang peperiksaan berlangsung. Kini kita sudah masuk fasa kedua iaitu pembugaran emosi.

“Ini lebih kepada persiapan mental bagi memastikan mereka mempersiapkan diri dan memberi tumpuan penuh bagi menghadapi peperiksaan,” katanya. 

Ditanya kesiapsiagaan KPM kemungkinan situasi banjir makin memburuk, Fadhlina berkata, pihaknya sudah melakukan persediaan rapi untuk menghadapi sebarang kemungkinan luar jangka.

“Kita doakan supaya tidak berlaku apa-apa yang lebih mudarat daripada yang sedang kita kendalikan (ketika ini). 

“Barangkali kita bergerak (teruskan) Ops Payung yang sememangnya sudah KPM kendalikan selama ini (jika keadaan bertambah buruk) dan tak ada masalah dalam meneruskan mekanisme (sedia ada) bagi memastikan semua, khususnya anak-anak kita dalam keadaan selamat ketika musim peperiksaan ini,” katanya. 

Untuk rekod, seramai 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2024.

Ujian Bertutur BM bermula semalam hingga Khamis ini manakala Ujian Amali Sains pula bermula dari 9,10 dan 12 Disember ini.

Ia diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 16,17,18, dan 19 Disember; Ujian Mendengar Bahasa Melayu (31 Disember) dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (31 Disember).

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=358&adk=1983910584&adf=2803648221&pi=t.aa~a.1654364369~i.47~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1733211613&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×358&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2024%2F12%2F1332045%2Fbanjir-calon-spm-terkandas-bah-dibolehkan-hadir-ujian-lisan-bm-esok&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1733211627722&bpp=1&bdt=971&idt=1&shv=r20241120&mjsv=m202411140101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D9c1b1996a7c83a6e%3AT%3D1733103576%3ART%3D1733211071%3AS%3DALNI_Maj4bSPh0N3fDUIWC2MiAebUUPZPg&gpic=UID%3D00000f7c0dbb89f5%3AT%3D1733103576%3ART%3D1733211071%3AS%3DALNI_Mbtp9UveuEGnDLU-NxK9TDOOwn7pg&eo_id_str=ID%3Dba2bf4488dcb72ed%3AT%3D1733103576%3ART%3D1733211071%3AS%3DAA-Afja3eQ-bi_Pu8lUMB_TIhFhJ&prev_fmts=0x0%2C430x358&nras=3&correlator=122714981703&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=3493&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95344791%2C31088457%2C95345967&oid=2&pvsid=2583559743807402&tmod=1555963802&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=3&uci=a!3&btvi=2&fsb=1&dtd=28

Peperiksaan bertulis SPM akan diadakan mulai 2 Januari hingga 6 Februari 2025.-BH Online