Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat swasta untuk menumpukan usaha membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Anwar berkata, beliau meminta syarikat swasta yang berjaya untuk memberikan tumpuan sama ada dengan memberi dana atau menyiapkan jentera.

Katanya, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bawah Khazanah Nasional Berhad, PETRONAS dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) sudah mengerahkan semua syarikat di bawah mereka.null

“Bank-bank tempatan juga sudah mengambil langkah sendiri untuk membantu.

Ada baiknya, dalam keadaan sekarang bukan saja dana tetapi siap jentera, biar syarikat swasta dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh turun juga ke gelanggang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Setakat jam 7 pagi tadi, seramai 136,984 orang daripada 41,341 keluarga masih ditempatkan di 638 PPS di sembilan negeri.

Kelantan paling terjejas setakat ini dengan seramai 85,824 mangsa masih berada di 251 PPS membabitkan 26,799 keluarga daripada sembilan daerah.-BH Online