GAZA, 30 November- Wakil Hamas akan ke Kaherah pada Sabtu untuk perbincangan mengenai gencatan senjata di Gaza.
“Delegasi Hamas akan pergi ke Kaherah esok untuk beberapa pertemuan dengan pegawai Mesir untuk membincangkan gencatan senjata dan perjanjian tahanan di Gaza,” kata pegawai yang tiadk mahu dikenali itu.
Pengumuman berkenaan dibuat dua hari selepas gencatan senjata berkuat kuasa antara Israel dan kumpulan Hizbullah di Lubnan.
Amerika Syarikat juga telah mengumumkan usaha diplomatik baharu dengan Qatar, Turkiye dan Mesir untuk mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan.
Serangan tentera Israel ke atas Gaza telah meragut 44,363 nyawa. Ia merupakan data yang diperoleh dari Kementerian Kesihatan Gaza.
Satu-satunya gencatan senjata dilakukan pada November 2023 menyaksikan pembebasan kira-kira 240 tahanan Palestin di Israel.
Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir telah mengetuai pelbagai usaha sejak awal tahun untuk mencapai gencatan senjata baharu dan pembebasan lebih ramai tebusan.- AFP