Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 19 November– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus memperluaskan pelaksanaan Program Jualan Rahman Madani (PJRM) di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara yang bakal dilaksanakan Januari tahun depan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, inisiatif baharu PJRM@Kampus itu akan memberi manfaat lebih ramai golongan sasar terutama mahasiswa IPT.

“Kita perlukan suara daripada kumpulan sasar sendiri dan kita akan perkasa GPS sebagai rakan strategik kita untuk mengemukakan syor dan pandangan kepada KPDN berhubung mekanisme dan kaedah terbaik.

Selain itu, senarai barang-barang yang sesuai untuk dijual dalam PJRM yang dilaksana di kampus-kampus,” kata Armizan kepada pemberita, hari ini.

Tambah beliau, pihaknya memberikan tempoh dua minggu kepada GPS untuk mengemukakan pandangan, memandangkan mereka lebih memahami keperluan diperlukan mahasiswa kampus.

Sebagai permulaan, projek perintis akan dimulakan di beberapa IPT yang terdapat GPS sebelum diperluaskan ke kawasan lain secara berperingkat.

Setakat ini, sebanyak 9,786 program PJRM telah dilaksanakan di seluruh negara yang merekodkan seramai lebih 9 juta dari 1 Januari hingga 18 November.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 3,815 PJRM diadakan melalui kaedah secara dalam premis, 612 bagi luar premis dan 5,359 kali secara bergerak.-Berita RTM