Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk sama-sama meraikan perayaan Deepavali dengan meriah dan kegembiraan di seluruh negara.

Mewakili seluruh jentera kerajaan dan rakyat, beliau mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua penganut Hindu.

“Hari ini menandakan, dari sudut sejarahnya dan pengajaran ialah kemenangan dari kezaliman dan kegelapan, kepada cahaya kebenaran dan keadilan.

“Mudah-mudahan kita sambut dengan meriah dalam kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama, sama-sama sambut kemeriahan dan kegembiraan. Terima kasih, nandri,” katanya.

Beliau menzahirkan ucapan berkenaan dalam video pendek sempena Deepavali yang juga dikenali sebagai festival cahaya yang akan disambut esok.-BH Online