Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly dilantik sebagai Penasihat Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri (PMO), berkuat kuasa semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, PMO memaklumkan pelantikan Mohammed Shazalli yang sebelum ini Penasihat Media Khazanah Nasional Berhad adalah bagi menggantikan Allahyarham Rozaid Abdul Rahman yang meninggal dunia 18 Ogos lalu.

Dalam jawatan baharunya, Mohammed Shazalli akan turut memantau urusan media dan komunikasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain akan ditugaskan untuk menambah baik pelaksanaan kempen Malaysia MADANI.

Rozaid, 59, yang meninggal dunia di kediamannya di Putra Heights, Selangor juga pernah menjadi Pegawai Eksekutif Pengisian/Pengarang Eksekutif Kumpulan Media The Star dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian.-BH Online