Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil tahu perkembangan semasa banjir di beberapa negeri.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata semua pihak perlu mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.

“Utamakan keselamatan dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan jika berlaku sebarang kecemasan,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.

Beliau memaklumkan setakat 6 pagi tadi, Pahang menjadi negeri terbaharu terjejas banjir.

Sebarang maklumat terkini mengenai kejadian bencana di seluruh negara, katanya boleh didapati melalui portal rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan– BERNAMA