Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

BANGI, 7 Oktober– Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE), telah dikongsikan kepada kerajaan negeri.

Menterinya, Nik Nazmi berkata sesi libat urus diadakan merangkumi pelbagai kementerian antaranya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Ekonomi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Kita ada pemetaan yang agak kasar, setakat ini. Cuma ada beberapa permintaanlah di negeri-negeri untuk melihat lebih mendalam.”

“Saya akan pertimbang kes demi kes,” kata Nik Nazmi kepada pemberita pada Program Jelajah Kelestarian Alam: Dari Anak Muda kepada Dunia, di sini.

Dalam pada itu, kementeriannya komited meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri berhubung caj pencemaran plastik.

Setakat ini, perbincangan membabitkan sembilan negeri telah dilakukan.

Bagi lima negeri lain iaitu Terengganu, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak, perbincangannya akan dilaksana pada bulan depan.-Berita RTM